Hati ini menyesal bila mana terlalu banyak nikmat
yang tuhan berikan dibazir sebegitu.
Betapa lama hidup menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.
MengingatiNya hanya pada saat tertentu.
Hati ini sesal dan sedih kerana terlalu lama hidup bergelumang
dalam jahiliyyah sehingga lupa padaNya.
Lupa atas nikmatNya, terus lupa dan alpa. Leka dan lalai.
Moga taubat ini diterimaNya sebelum nikmat nafas ini ditarik kembali.
Bersyukurlah kerana nikmat yang paling besar
masih dikurniakanNya iaitu Iman dan Islam.
Carilah Redha Allah itu kerana ia bukan untuk ditunggu
seperti turunnya hujan, gugurnya daun-daun.
Moga hidayah dan ketetapan hati ini berterusan
dalam menjalankan kerja-kerjaNya.
Jangan lupa sesekali apakah tujuan utama manusia itu dicipta olehNya.
" Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" (95; 4)